Kenangan
di sekolah menjadi memori terindah buatku
Tanggal
pada 14.7.2014 merupakan hari pertamaku menjejakkan kaki ke SMK Sungai Baging
sebagai seorang guru pelatih yang masih dahagakan segumpal teduhan ilmu mekar
untuk menghiasi segenap sanubariku. Terasa diriku begitu kerdil berada di sisi
guru-guru yang telah berkhidmat di situ kerana aku hanyalah seorang guru
pelatih yang menjalani latihan mengajar selama 16 minggu. Aku melihat pelbagai
karenah pelajar yang pelbagai ragam membuat hatiku dijentik keterujaan untuk
mendekati mereka walaupun mereka mengetahui aku hanya guru sementara sahaja di
sekolah tersebut. Pelbagai memori terungkap indah bersama madah puitis yang
kuilhamkan bersama mereka selama kusini. Di samping banyak tunjuk ajar yang
diberikan oleh pihak sekolah kepadaku tentang pengurusan sekolah terutamanya
ucapan terima kasih kuhulurkan buat guru pembimbing iaitu Puan Hasmiza yang
tidak lelah member tunjuk ajar dan bimbingan semasa aku dahagakan ilmu dalam
pengajaran dan tidak lupa juga buat Guru Panitia Bahasa Melayu iaitu Puan
Ashikin. Segala tunjuk ajar yang diberikan menjadi diari dalam kisah hidupku
untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya di dunia dan di akhirat. Segala
pengalaman pahit dan manis semasa menjalani latihan mengajar menjadi sumber
inspirasi untuk menggenggam cita-cita yang suci dan luhur bagi meningkatkan
motivasi diri untuk maju ke hadapan. Selagi nyawa dikandung badan, diri ini
sentiasa inginkan ilmu yang berguna untuk dipraktikkan dalam kamus hidupku
supaya diri ini tidak ketandusan ilmu ke lembah kekeringan.

Bergambar kenangan bersama rakan praktikum
Bergambar kenangan bersama anak murid menyiapkan lukisan mural
Bergambar kenangan bersama anak muridku yang comel dan superaktif 1IBNU SINA
Semasa menjadi AJK Majlis Berbuka Puasa
Semasa Majlis Sambutan Hari Raya di Peringkat Sekolah
Bergambar kenangan bersama guru SMESBAG semasa menyambut sambutan Hari Kemerdekaan
Bergambar kenangan bersama buah hati kesayangan 4IBNU RUSYD
Hari terakhir bersama guru di SMESBAG
Bergambar kenangan bersama GPK1
Bergambar kenangan bersama guru pembimbing yang super sporting dan baik hati