Monday, 6 April 2015

Video Menggambarkan Pemikiran Kreatif Pelajar SMESBAG



Di sini saya ingin memaparkan sebuah video yang menggambarkan pemikiran pelajar SMESBAG yang begitu kreatif dalam menghasilkan lukisan mural bersama guru praktikal. Saya melihat mereka sangat kreatif dalam aktiviti melukis dan mewarna lukisan pada dinding sekolah sehingga lukisan yang dihasilkan sangat menarik dan cantik.

Konsep Pemikiran Kritis dan Kreatif

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan  masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkara-perkara yang tersembunyi, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kian mencabar. Ringkasnya, pemikiran boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitan dengan melibatkan penggunaan pandangan, gambaran, simbol, perkataan, akal dan rangsangan atau dorongan yang tersembunyi.
Proses berfikir terdiri daripada interaksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga elemen iaitu:
a)    pengetahuan
b)   kemahiran kognitif
c)    sikap dan nilai

Konsep Kemahiran Berfikir
Terdapat beberapa konsep yang sering digunakan dalam membincangkan kemahiran berfikir. Antaranya adalah pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi.
Menurut Beyer (1985), pemikiran kritis ialah process of determining the authenticity, accuracy and worth of information or knowledge claim. Beliau menambah bahawa pemikiran kritis mempunyai dua dimensi utama iaitu kerangka minda dan beberapa operasi mental yang spesifik.
Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir dapat dikaitkan dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, tetapi juga melihat perkara itu berdasarkan pelbagai perspektif bagi tujuan menyelesaikan masalah .
Bagi Mayer (1977) pula, pemikiran adalah pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif bagi tujuan menyelesaikan masalah.
Leming (1989), mendefinisikan pemikiran sebagai proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Gagasan ini juga mempunyai persamaan dengan pandangan Marzano (1970) yang melihat pemikiran sebagai proses menyelesaikan masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks.
Alvino (1990) pula mengemukakan beberapa definisi yang dianggap mempunyai kaitan dengan konsep kemahiran berfikir ini. Antaranya:
a)    Taksonomi Blooms: Model pengajaran yang popular dengan mengkategorikan kemahiran berfikir daripada pengetahuan konkrit kepada abstrak, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Tiga kategori yang akhir dianggap kemahiran aras tinggi.
b)   Pemikiran kreatif: Cara melihat ataupun melakukan sesuatu yang dicirikan oleh empat komponen iaitu kelancaran dalam menjana idea, fleksibiliti (mengubah perspektif dengan mudah), ketulenan (menggambarkan sesuatu yang baru dan asli) dan elaborasi ( membina idea yang lain).
c)    Pemikiran kritis: Proses dalam menghuraikan ketulenan, ketepatan atau pun nilai bagi sesuatu perkara; ciri-ciri bagi kebolehan mencari sebab dan alternatif, melihat situasi secara keseluruhan, dan mengubah pandangan berdasarkan bukti. Kadangkala dipanggil juga sebagai pemikiran logikal dan pemikiran analitikal.
d)   Kemahiran berfikir: satu set kemahiran yang asas dan lanjutan serta subkemahiran yang menguasai proses mental seseorang. Kemahiran ini mengandungi pengetahuan, kecenderungan dan operasi kognitif dan metakognitif.

Teknik-teknik dalam kemahiran Berfikir
Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara analitis, krisis dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking Programme yang disediakan oleh Dr. Edward de Bono. Mengikut beliau, kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti berikut;
a)    Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa dari segi kebaikannya dan kelemahannya.
b)   Menggunakan teknik menyelesaikan masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu aternatif, kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan.
c)    Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan.
d)   Membimbing pelajar meneliti segala akibat (berikut sesuatu tindakan) yang mungkin berlaku dalam masa jangka pendek serta masa jangka panjang.
e)    Membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang lain.
f)    Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.
Ciri-Ciri Utama Kemahiran Berfikir
a)    Kemahiran berfikir secara kritis
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran menilai sesuatu masalah secara logik dan munasabah. Melalui kemahiran ini, guru perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang berikut:
i.        menganalisis sesuatu masalah secara terperinci
ii.        menyenaraikan ciri-ciri utnuk mendapat gamabaran yang lebih menyeleluruh mengenai sesuatu
           konsep
iii.        kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding beza
iv.        menyusun isi dalam bentuk menaik atau menurun
v.        membuat keputusan rasional
vi.        membuat penilaian secara menyeluruh.
b)   Kemahiran berfikir secara kreatif
Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut:
i.        menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah
ii.      membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana guru perlu memutuskan
         satu tindakan wajar
iii.        membuat hubung kait antara konsep-konsep yang berbeza
iv.        meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana guru dapat
              membayangkan apa yang akan berlaku dalam sesuatu situasi yang bermasalah.
v.        membuat hipotesis iaitu membuat pernyataa masalah yang boleh diuji kesahannya.
vi.        mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta yang berasingan
              untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh.
vii.        mengitlak iaitu membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat pernyataan-
               pernyataan umum
viii.        menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan antara konsep-
               konsep yang berlainan
ix.        membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu yang abstrak di
            dalam pemikirannya.
x.        merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang boleh digunakan
           dalam proses pengakaran dan pembelajaran.

c)    Kemahiran berfikir secara menaakul
Kemahiran berfikir secara menaakul ialah satu kemahiran di mana guru perlu membuat pemikiran tahap tinggi dengan membuat interpretasi, analisis, sintesis dan penilaian untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini akan membantu guru membuat keputusan yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan yang dihadapi olehnya.

 d)   Strategi berfikir
Strategi berfikir ialah proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi langkah-langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif untuk mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Konsep Pemikiran Kritis

Definisi 
Pemikiran kritis dapat dilihat sudut pengertiannya dari segi bahasa dan istilah. Frasa ‘pemikiran kritis’ adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu ‘pemikiran’ dan juga ‘kritis’. Mudah untuk mentafsirkan maksud ‘pemikiran’ iaitu merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai, serta membuatkeputusan. 

Dari sudut bahasa perkataan kritis berasal daripada perkataan Inggeris ‘ Critic’. Namun begitu kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘Kriths’ ( kritikos) yang bermaksud menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud menilai (evaluates), membezakan (distinguishes), memutuskan (decide) dan menyoal (question) sama ada sesuatu itu benar atau salah.[1] Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan ‘kritis’ ditakrifkan sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malahan menimbangkan buruk dan baiknya terlebih dahulu”. 

Pemikiran kritis dari sudut istilahnya membawa pengertian sebagai ikhtiar dan daya intelektual dan moral untuk membangun, mempertajam dan memperhalusi serta mengembangkan sesuatu bidang ilmu tersebut. Disamping itu, pemikiran kritis juga boleh ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat. Ia juga turut menekankan tentang soal fakta yang benar ataupun salah, soal bahasa yang mana jelas atau kurang jelas dan terutama sekali soal susunan hujah sama ada sah atau sebaliknyabagisesuatuperkara. 


Selain itu, pemikiran kritis dalam erti kata lain boleh ditakrifkan oleh Nik Azis sebagai “pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisisbaru”.

Setiap ahli sarjana sains pemikiran meletakkan pengertian terhadap frasa ‘pemikiran kritis’ kepada pelbagai maksud berasaskan kepada pengalaman dan hasil kajian mereka. Antara definisi yang telah diletakkan adalah seperti “...berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya”,[3] merupakan definisi yang diletakkan oleh Dewey pada tahun1993. Selain itu, Som dan Mohd Dahalan pada tahun 1999 telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai “kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah”.[4] 

Ciri-Ciri Pemikiran Kritis 

Pemikiran kritis mempunyai beberapa elemen iaitu elemen pemikiran yang bersifat konsisten, logikal, analisis, penilaian, kritikal dan tidak berat sebelah. Ciri-ciri pemikiran kritis ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Andaikata bersifat konsisiten maka akan mempunyai kaitan dengan ciri pemikiran berbentuk logikal dan sebagainya. Hal ini dibincangkan lebih lanjut dalam menceritakan mengenai budaya berfikir kritis Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam perbincanganselanjutnya. 

Elemen pemikiran kritis bersifat konsisten bererti bahawa pemikiran yang dibuat adalah tetap dan tidak berubah. Setelah membuat keputusan tentang sesuatu perkara, maka ia tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut. Namu begitu, ia mesti bersesuaian dengan prinsip benar keranabenardansalahkeranasalah.


Kedua, pemikiran kritis bersifat logikal yang boleh difahami bahawa logik akan menentukan sama ada sesuatu itu benar atau tidak dan ia bersandarkan kepada hujah akal. Ketiga, pemikiran kritis bersifat analisis yang bererti memberi perhatian terhadap unsur, elemen, bahan, perkara satu persatu dan bertujuan menghurai dan meneliti satu persatu sesuatu perkara itu. 

Sekiranya diperhatikan, pemikiran kritis yang bersifat penilaian penting dalam membantu individu membuat keputusan secara bijak dalam sesuatu perkara. Tanpa cirri pemikiran kritis seumpama ini maka seseorang tidak dapat membuat keputusan dengan bijak dan tepat. 

Selain itu, pemikiran kritis bersifat kritikal boleh difahami sebagai menimbang yang membawa maksud menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah. Elemen pemikiran ini adalah penting dalam kemahiran pemikiran kritis. 

Akhir sekali, pemikiran kritis juga bersifat tidak bias atau tidak berat sebelah. Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan. Bersifat neutral dan tidak berat sebelah membolehkan ia rasional dan waras dalam membuat justifikasi sesuatu perkara. Keenam-enam ciri atau elemen pemikiran kritis ini telah diterapkan oleh Abu Bakar As-Siddiq dalam kepimpinannya ketika beliau menjadi khalifah umat Islam pertama selepas kewafatan Rasululllah s.a.w. Hal ini boleh diperhatikan dalam perbincangan selanjutnya mengenai pemikiran kritis Abu Bakar As-Siddiq yang menjadi tajuk utama perbincangan. 

Tujuan dan Kepentingan Pemikiran Kritis

Bidang pemikiran kritis bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan. Hal ini bermaksud bahawa yang penting bukan pada aspek psikologi pemikiran. Psikologi mengkaji cara pemikiran yang sebetulnya digunakan oleh manusia. 

Pemikiran kritis menumpukan perhatian kepada kaedah-kaedah yang seharusnya digunakan oleh manusia untuk berfikir secara berkesan. Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat. 

Pemikiran kritis adalah amat penting dalam kehidupan seharian baik kepada petani, penjaja, guru, jurutera, pensyarah, ahli korporat mahupun sebagai seorang pelajar.[6] Budaya berfikir secara kritis perlu dititikberatkan dalam konteks kehidupan seharian dalam segala situasi dan keadaan sekalipun yang dihadapi sepanjang perjalanan hidup. 

Bukan semua perkara yang dinyatakan adalah benar dan adil. Adakalanya perkara yang dinyatakan adalah tidak benar, dipalsukan dan diselewengkan. Oleh itu, tidak boleh menerima sesuatu perkara itu secara keseluruhan malahan perlu kepada penilaian secara kritis. Daya pemikiran memerlukan ketajaman dan kepersisan berfikir. Segala pengaruh negatif dapat melumpuhkanpemikiranindividu. 

Oleh yang demikian, pemikiran kritis amat penting sama ada dalam hal yang kecil mahupun besar. Hal ini kerana berkemungkinan hal yang kecil itu memberi kesannya sangat besar kepada masa depan dalam kehidupan individu. Oleh itu, pemikiran kritis perlu dalam kehidupan seharian. 



Tuesday, 31 March 2015

LATAR BELAKANG SMESBAG

Misi Dan Visi SMK Sg Baging


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging atau nama ringkasnya SMK Sungai Baging, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 36 Jalan Kemaman.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging memiliki 369 pelajar lelaki dan 373 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 742 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.

VISI SEKOLAH
Berusaha meletakkan Sekolah Kebangsaan Menengah Sungai Baging dalam kelompok 15 sekolah terbaik dalam daerah Kuantan menjelang tahun 2015

MISI SEKOLAH
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara 



MEMOIRKU YANG TERINDAH DI SMESBAG

Kenangan di sekolah menjadi memori terindah buatku

Tanggal pada 14.7.2014 merupakan hari pertamaku menjejakkan kaki ke SMK Sungai Baging sebagai seorang guru pelatih yang masih dahagakan segumpal teduhan ilmu mekar untuk menghiasi segenap sanubariku. Terasa diriku begitu kerdil berada di sisi guru-guru yang telah berkhidmat di situ kerana aku hanyalah seorang guru pelatih yang menjalani latihan mengajar selama 16 minggu. Aku melihat pelbagai karenah pelajar yang pelbagai ragam membuat hatiku dijentik keterujaan untuk mendekati mereka walaupun mereka mengetahui aku hanya guru sementara sahaja di sekolah tersebut. Pelbagai memori terungkap indah bersama madah puitis yang kuilhamkan bersama mereka selama kusini. Di samping banyak tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak sekolah kepadaku tentang pengurusan sekolah terutamanya ucapan terima kasih kuhulurkan buat guru pembimbing iaitu Puan Hasmiza yang tidak lelah member tunjuk ajar dan bimbingan semasa aku dahagakan ilmu dalam pengajaran dan tidak lupa juga buat Guru Panitia Bahasa Melayu iaitu Puan Ashikin. Segala tunjuk ajar yang diberikan menjadi diari dalam kisah hidupku untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya di dunia dan di akhirat. Segala pengalaman pahit dan manis semasa menjalani latihan mengajar menjadi sumber inspirasi untuk menggenggam cita-cita yang suci dan luhur bagi meningkatkan motivasi diri untuk maju ke hadapan. Selagi nyawa dikandung badan, diri ini sentiasa inginkan ilmu yang berguna untuk dipraktikkan dalam kamus hidupku supaya diri ini tidak ketandusan ilmu ke lembah kekeringan.



                                               Bergambar kenangan bersama rakan praktikum


                                                     
                               Bergambar kenangan bersama anak murid menyiapkan lukisan mural

                       Bergambar kenangan bersama anak muridku yang comel dan superaktif 1IBNU SINA

                                                 Semasa menjadi AJK Majlis Berbuka Puasa

                                       Semasa Majlis Sambutan Hari Raya di Peringkat Sekolah

 Bergambar kenangan bersama guru SMESBAG semasa menyambut sambutan Hari Kemerdekaan

                             Bergambar kenangan bersama buah hati kesayangan 4IBNU RUSYD

                                                    Hari terakhir bersama guru di SMESBAG

                                                  Bergambar kenangan bersama GPK1

Bergambar kenangan bersama guru pembimbing yang super sporting dan baik hati

Sunday, 29 March 2015

PROFIL DIRI MODERATOR



Nama                               :Nazratul Asyikin Binti Nazri
No Matriks                       :D20111047655
Semester                           :Semester 2 Sesi 2014/2015
Program Major                 :Bahasa Melayu
Program Minor                 :Kesusasteraan Melayu
Email                                 :nazratulasyikin@yahoo.com
Idola                                  :Nazri Bin Che Ya
Prinsip Hidup                    :Kesabaran Kunci Kejayaan
Sekolah Latihan Mengajar :Sekolah Menengah Sungai Baging, Kuantan Pahang (SMESBAG)

Jawatan yang pernah disandang di SMESBAG:
1)      AJK Cenderahati Program Junior Teacher
2)      AJK Makanan VVIP Sambutan Hari Raya
3)      Pembantu Guru Penasihat Kelab Komputer
4)      AJK Fotografi Majalah Sekolah
5)      Pengacara Majlis Pecutan Akhir SPM di Akademi Maritim (AMSAS)
6)      AJK Lukisan Mural Sekolah
7)      Pembantu Guru Pengiring Program Pecutan Akhir SPM Di AMSAS
Jawatan yang pernah disandang di UPSI:
1)      Mantan AJK Exco Perpaduan dan Integrasi Blok B Kolej Za’ba
2)      Ahli Sekretariat Rukun Negara UPSI 2012/2013
3)      AJK Penyerahan Kad Siswa 1 Malaysia 2013/2014
4)      AJK Program Kepimpinan Kem SMK. Klian Pauh
5)      AJK Kem Kepimpinan Exco Asrama SMK. Jengka Pusat, Pahang
6)      Ahli Persatuan Bahasa Melayu